Selasa, 29 Disember 2009

PENGANGKUTAN AWAM

Pengangkutan Awam

Pengangkutan awam yang terdapat di Daerah Raub seperti bas dan teksi disediakan untuk kemudahan penduduk-penduduk sekitarnya.

Perhentian Teksi


Perhentian Teksi Perhentian Teksi

Perhentian Bas


Perkhidmatan Bas di Daerah Raub
  • Pergi/balik ke Bentong: Central Pahang Omnibus (warna bas)
  • Pergi/balik ke Jerantut: Pahang Lin Siong (antara Raub dan Benta). Kemudian daripada Benta, naik bas lain ke Jerantut
  •  Pergi/ balik ke Kuala Lipis: Pahang Lin Siong atau daripada Benta menaiki bas ke Kuala Lipis
  • Pergi/balik ke Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur:
  • Union Express
  • Transnasional
  • Mara Liner
    Perhentian Bas Perhentian Bas

    Isnin, 28 Disember 2009

    PANDUAN ARAH KE RAUB

    Peta Pahang

    Laluan ke Raub

    Raub terletak di sepanjang 'Federal Route 8' yang melalui daripada Bentong, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan. Bagi pengguna jalan raya daripada Kuala Lumpur, cara terbaik untuk sampai ke Raub adalah malalui 'Kuala Lumpur-Karak Expressway (Route 8) ke Bentong, Pahang dan kemudian ke Route 8 di persimpangan Lebuhraya Bentong Timur. Route 8 juga membenarkan pengguna-pengguna jalan raya ke Raub daripada Kota Bharu, Kelantan.
    Manakala, pengguna jalan raya daripada Kuantan ke Raub melalui Lebuhraya Pantai Timur (Route 8) ke persimpangan Lanchang dan terus melalui jalan Lanchang-Raub. Laluan alternatif daripada jalan raya Pantai Barat (Route 1) ke Raub adalah melalui jalan berliku (Route 55) daripada Kuala Kubu Bharu masuk ke persimpangan Bukit Fraser (Sekarang tidak digalakkan kerana faktor-faktor keselamatan pengguna jalan raya).





    SEJARAH JALAN-JALAN RAUB

    Nama Lama

    Nama Baru

    Tras Road

    Jalan Tras

    Bibby Road

    Jalan Tun Razak

    Mason Road

    Jalan Dato’ Abdullah

    Lipis Road

    Jalan Lipis

    Cheroh Road

    Jalan Cheroh

    Bukit Koman Road

    Jalan Tengku Abdul Samad

    Temple Road

    Jalan Aman

    Hill Road

    Jalan Bukit

    Wayang Street

    Jalan Hussein

    Happy Valey Road

    Jalan Pasar

    Jalan Pasar Lama

    Jalan Tengku Kudin

    Circular Road

    Jalan Pekeliling

    Reservoir Road

    Jalan Kolam Air

    Distillery Road

    Jalan Tan Tiong

    Tanjung Gadung Road

    Jalan Dato’ Setia Lela

    Old Cheroh Road

    Jalan Cheroh Lama

    Padang Road

    Jalan Padang

    Bibby Lane

    Lorong Tun Razak

    Office Road

    Lorong Damai


    SEJARAH RAUB


    SEJARAH RAUB

    ( VERSI PERTAMA )


    Menurut kepercayaan orang-orang tua daerah ini, Raub telah diteroka dan dibuka dalam kurun ke 18. Mengikut sumber-sumber yang diperolehi, dua orang pemuda bersama ayah mereka telah melalui hutan rimba serta menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian lama mengembara mereka sampai ke tebat atau tebatan (satu kawasan di mana pengaliran air sungainya tersekat atau digelar empang).

    Sebaik sampai di situ, si ayah mengatakan kepada anaknya, di situlah tempat yang paling sesuai untuk berehat. Pasir terdapat di kiri dan kanan tebatan itu serta kelihatan amat bersih. Kedua dua pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Mereka pun mula membuka kawasan itu. Sekitarnya dibersihkan lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman mereka. Setiap hari ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan, damar, getah, jelutung dan sebagainya.


    Mereka juga memetik pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran tebatan untuk dijadikan makanan. Segeralah ketiga beranak itu meraup pasir-pasir di tebing tebatan itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali diraup, setiap kali emas diperolehi. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya, hanya menggunakan tangan untuk meraup, adalah dipercayai mereka menamakan tempat itu dengan gelaran "RAUB".
    Sejak itu setiap hari mereka terus meraup emas. Kawasan tebatan yang pertama mengeluarkan emas tadi, sekarang ini ialah di Padang Besar Majlis Bandaran Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang tua di daerah ini. Bagaimanapun, jika gelaran nama Raub lahir daripada kerja meraup emas tadi, sedikit perbezaan timbul dari segi ejaan. Perkataan meraup emas lahir dari kata dasar "RAUP" sedangkan ejaan sekarang adalah "RAUB". Namun begitu, kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai digunakan dengan ejaan "RAUB" dari "RAUP".

    ( VERSI KEDUA )

    Raub dahulu dikenali sebagai Rao ( Rawa ). Ianya digelar Rao kerana dahulu dan sekarang Raub terkenal di Malaysia sebagai kawasan majoriti suku kaum melayu rawa. Dahulu Orang Rawa membuka penempatan di Raub disebabkan banyak peluang pekerjaan sebagai buruh dalam perlombongan emas. Ini kerana Orang Rawa memang pakar dalam bidang perlombongan .

    Banyak kampung - kampung disekitar Raub menggunakan nama kampung-kampung yang sudah ada di penempatan asal mereka
    ( Sumetera, Indonesia ), sebagai contoh : Kampung Pintu Padang. Disebabkan peredaran masa , sebutan Rao telah bertukar kepada Raub.

    Dielek atau sebutan percakapan Orang Rawa masih kuat diamalkan di Raub terutama kawasan Kampung Melayu Sempalit, Kampung Ulu Gali, Kampung Tok Machang, Kampung Pintu Padang, Kampung Tanah Bercangkul, Kampung Gali Tengah, Kampung Gali, Kampung Gali Hilir, Kampung Gali Lurus, Lepar Dan Kampung Durian Sebatang.